I don't define my world in black and white because there is so much hiding among the grey . In life , sometimes you can't wait for somethings to come to you but you have to get up and go for it yourself even sometimes people will try to spoil your happiness just because they have nothing better to do . Life is always offer you a second chance , it's called tomorrow

Tuesday, 28 May 2013

Lelaki VS Wanita

Rasanya semua orang tahu kan , lelaki dan perempuan  banyak perbezaanya . Oleh itu , mereka saling melengkapi antara 1 sama lain . How sweet kan sebenarnya hidup kita ni . Jom kita singkap perbezaannya .
 

First , kalau kita nampak seorang lelaki menyendiri dan menjauhkan diri , korang kena tahu yang sebenarnya dia dalam keadaan tertekan . Boleh jadi tekanan dengan beberapa kerenah wanita yang menjadi penyebabnya .

Second , kalau lelaki menyendiri , kita boleh simpulkan dia sedang tertekan , lain pula dengan wanita , dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan kepada seseorang yang dirasakan bertanggungjawab.

Thrid , emosi seorang lelaki umpama getah , sekejap saja ia akan kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terlenyek seperti pisang lenyek . Berbeza dengan wanita . Betul tak kalau saya kata apabila wanita tertekan, emosi wanita umpama ombak kat laut tu .Ombak memang tidak pernah reda , kalau reda pun masih ambil masa yang lama .


Forth , lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran , berbeza dengan wanita biasanya cukup risau jika berada dalam keadaan demikian . Lelaki juga terasa selesa apabila berjauhan dengan keluarga apabila menghadapi kesukaran . Jika di perhatikan ianya berbeza sekali dengan wanita , wanita lebih suka dan berasa tenang apabila bersama keluarga .

  Fifth , Kalau korang nak tahu , lelaki mempunyai cara fikiran  "MAKRO" , iaitu dia melihat sesuatu perkara secara keseluruhan . Wanita pula mempunyai cara pemikiran "MIKRO" iaitu melihat sesuatu secara terperinci . Sebab itu lah korang jangan heran kadang - kadang lelaki selamba dengan masalah yang wanita rasakan cukup berat .

  Sixth , jika berlaku pertengkaran selalunya lelaki akan melawan habis-habisan dan wanita pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan . Janganlah rasa teruk sangat dengan keadaan ini , lelaki memang begitu , sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan .

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa . Ish lelaki ni , ape lah . but sometimes wanita pun sama kan ?

  Eh da masuk nombor ke berapa ni ? Tak palah kita sambung ja . Kata orang , wanita  ni sinonim dengan leteran . Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya . ( Haha ) Ya , teruskan saja berleter , hamburkan semua yang menekan kepala . Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

  Mengapa lelaki begitu ? Itulah bukti kekuasaan ALLAH . DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita , agar apabila disatukan , terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi . Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri . Bagus kan ?



Okay , I think sampai sini lah dulu entry ni . Korang still boleh ambil pengajarankan or sikit ilmu daripada entry ni .  :)
Peace and Have a nice day !!

No comments:

Post a Comment