

Second , kalau lelaki menyendiri , kita boleh simpulkan dia sedang tertekan , lain pula dengan wanita , dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan kepada seseorang yang dirasakan bertanggungjawab.
Thrid , emosi seorang lelaki umpama getah , sekejap saja ia akan kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terlenyek seperti pisang lenyek . Berbeza dengan wanita . Betul tak kalau saya kata apabila wanita tertekan, emosi wanita umpama ombak kat laut tu .Ombak memang tidak pernah reda , kalau reda pun masih ambil masa yang lama .
Forth , lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran , berbeza dengan wanita biasanya cukup risau jika berada dalam keadaan demikian . Lelaki juga terasa selesa apabila berjauhan dengan keluarga apabila menghadapi kesukaran . Jika di perhatikan ianya berbeza sekali dengan wanita , wanita lebih suka dan berasa tenang apabila bersama keluarga .
Fifth , Kalau korang nak tahu , lelaki mempunyai cara fikiran "MAKRO" , iaitu dia melihat sesuatu perkara secara keseluruhan . Wanita pula mempunyai cara pemikiran "MIKRO" iaitu melihat sesuatu secara terperinci . Sebab itu lah korang jangan heran kadang - kadang lelaki selamba dengan masalah yang wanita rasakan cukup berat .
Sixth , jika berlaku pertengkaran selalunya lelaki akan melawan habis-habisan dan wanita pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan . Janganlah rasa teruk sangat dengan keadaan ini , lelaki memang begitu , sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan .
Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa . Ish lelaki ni , ape lah . but sometimes wanita pun sama kan ?
Eh da masuk nombor ke berapa ni ? Tak palah kita sambung ja . Kata orang , wanita ni sinonim dengan leteran . Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya . ( Haha ) Ya , teruskan saja berleter , hamburkan semua yang menekan kepala . Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.
Mengapa lelaki begitu ? Itulah bukti kekuasaan ALLAH . DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita , agar apabila disatukan , terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan , lengkap melengkapi . Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri . Bagus kan ?
Peace and Have a nice day !!