I don't define my world in black and white because there is so much hiding among the grey . In life , sometimes you can't wait for somethings to come to you but you have to get up and go for it yourself even sometimes people will try to spoil your happiness just because they have nothing better to do . Life is always offer you a second chance , it's called tomorrow

Monday, 3 June 2013

Asrama Kompleks Seri Bintang



Hello ! So how ? Apa khabar ? Harap - harap korang semua okay and sehat selalu . :)
Maklumlah kan cuaca sekarang ni tak menentu , sekejap hujan then panas . 
Mesti ramai yang ada sakit-sakit sikit kan ? Apa pun kita kenalah bersyukur . Right ? 

Okay , sebelum itu Yati nak cakap
yang blog ni mungkin jarang berupdate . Hmmm , 
ye lah kan duduk kat asrama ni nak sentuh PC memang susah . 
So kenalah  tunggu 2 minggu baru dapat jumpa PC tersayang yang awesome nihhh , hehe .
Okay , hari ni Yati nak share sikit pengalaman 'first time' Yati duduk kat asrama .
 Hohoho , okay put all your attention on my story . Hehe . XD

*Sajaa nak promote asrama cemerlang ni :)

Awal tahun 2013 ni , Yati dah pun dah berhijrah ke sekolah menengah . ( Da remaja katenye ) SMK SERI BINTANG SELATAN lah tempat Yati belajar sekarang . Yati berhijrah ke SMKSBS tu atas title pelajar Kelas Rancangan Khas ( KRK ) . Memandangkan KRK ni wajib duduk asrama , so Yati terpaksalah duduk asrama . Sumpah ! rasa ganjil , takut , seram and tak biasa dengan environment asrama . Alah biasalah orang cakap asrama ni ada macam - macam kan ? Siapa jaa yang tak takut . >.<
Tapi alhamdulillah , sampai hari ni tak daa ape lagi yang buat Yati ni tak mau duduk asrama lah . Semua okay je . But yaa sometimes kita rasa tak puas hati tu biasa lah . Takdir or Lumrah lah tu kan ?

Hello ! Asrama Kompleks Seri Bintang
Selamat datang hidup baru ! Selamat datang kawan baru .  
Hahh ! bercakap pasal latar belakang Asrama Kompleks Seri Bintang , penghuninya terdiri daripada pelajar Kelas Aliran Agama (KAA) , Kelas Rancangan Khas (KRK) , dan Kelas Aliran Biasa (KAB) yang bersekolah di dua sekolah yang berbeza , SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan . * Awesome kan 2 sekolah kongsi asrama tanpa sebarang masalah .
 Untuk bilangan pelajar pulak , perempuan lagi ramai . :) Lelaki ? Alahai , sikit je . Dari dulu sampai sekarang , tingkat 3 dan 4 di asrama ASPURA masih tidak berpenghuni . Tak tau lah sebab apa sekolah terhadkan kuota bilangan pelajar lelaki ni . :') *hahaha
Untuk 2 minggu pertama ni, fuhh, rasa sangat-sangat seronok dengan pelajar Aspura & Aspuri AKSB yang sporting-sporting habis! Seriously, best sangat kerjasama dengan pelajar AKSB ni. 
Orait ! untuk 2 minggu pertamaYati kat asrama ni , fuhh !! rasa sangat - sangat seronok kot dengan pelajar Aspura & Aspuri AKSB yang sporting-sporting habis ! Seriously , best sangat kerjasama dengan pelajar AKSB ni . Yati ambil contoh time persembahan Majlis Santapan Beradab masa Ahad malam tuu . Awesome gila . Banyak persembahan yang ada . Ada koir , boria eshh awesomelah . And tahun ni untuk pelajar baru kitorang kena buat persembahan . Yati kena masuk koir . Time tu Yati nyanyi lagu Kau & Aku by Aizat and Sahabat by Najwa Latif . Rasa macam nak tercabut dah jantung kita time tuhh . Malu jangan cakap lah . Hesh tak pa lahh . Bende dah lepas kan ? Disebabkan sikap kerjasama yang utuh pelajar - pelajar ni , hasilnya buatkanYati  rasa sangat - sangat terhibur dengan persembahan masa Majlis Santapan Beradab tu . Tergelak - gelak Yati  dibuatnya dengan persembahan pelajar ASPURA . Boria , cewahh , memang kena sangat dengan program orientasi . Syabas kepada semua !
 Bercakap pasal Program Orientasi kat AKSB ni , hayyoo , serius best ! Kat AKSB , program orientasi memang dibuat untuk semua form . Aktiviti seperti Nyanyian Lagu Asrama , Ice Breaking  dan Program Bersama Kaunselor dibuat untuk semua pelajar Form 1 dan pelajar baru . :) 
Hahh , apa yang Yati  suka kat asrama ni , semua benda pelajar yang uruskan . Warden hanya sebagai pemberi tugas , penasihat dan pemerhati sahaja . Yang menggerakkan sesuatu program tu ialah pelajar asrama tu sendiri .*nothing best than kita buat kerja tu sendiri   
Contohnya Majlis Santapan Beradab antara majlis yang Yati rasa ramai pelajar yang terlibat . Mula dari part  susunan meja , penyediaan hadiah , pengacara majlis hinggalah ke persembahan , semua pelajar yang uruskan . Dari aktiviti itu , kita nampak semangat pelajar kat asrama ni . :) Tak kira lah dari form berapa , ASPURA ke ASPURI ke , semua bersatu untuk menjayakan Maljis Santapan Beradab malam tu . Best sangat !
 One more thing pasal pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang ni kehidupan pelajar di sini dah macam satu keluarga . Kat sini tak kira lah form berapa , semua rapat . Makan satu meja bercampur dengan form lain tidak menjadi masalah kat sini , malah sudah jadi kebiasaan . Mungkin faktornya disebabkan bilangan pelajar yang sikit . Yati pernah join satu majlis kat Segambut Jaya time sekolah rendah dulu , satu form dengan satu form lain memang nampak ada jurang antara diorang . Bak kata orang , ikut kepala sendiri . "Geng aku , buat kerja aku . Geng kau , buat kerja kau ." Itulah faktor yang buat Yati takut duduk asrama dulu but not now ! I'm to brave now . :) Tetapi tidak di AKSB . Time nak bersalam dengan junior kan , junior akan cium tangan senior . Memang terkejut masa mula-mula tu. Betapa tingginya nilai hormat-menghormati junior ni terhadap pelajar-pelajar senior.  Kalau tak bagi salam pun sekurang-kurangnya diorang tegur tau. So kat sini, memang kurang lah masalah junior pijak kepala ke , apa ke  sebab kita dah macam satu family :') 

Satu lagi yang menarik kat AKSB ni , setiap pelajar ada semangat mengikut paras masing - masing . Firstly , Yati memang rasa janggal ye lah memandangkan Yati ni anak tunggal so nak bergaul dengan ramai sangat orang tu agak susah . :') . Kat AKSB ni ada dua blok tau , blok Aspura dan blok Aspuri . Setiap satu blok mempunyai 4 tingkat . Jadi , kalau ada event atau pertandingan apa - apa , pelajar AKSB akan memberi sokongan mengikut paras yang mereka tinggal . Maknanya dalam satu paras tu , mereka akan berkerjasama dalam membangunkan paras masing - masing . Semangat ni jelas dapat dilihat masa program sukaneka hari tu . Setiap paras ada cheer yang tersendiri . Memang enjoy habis time tuu .Yati tinggal kat PARAS 2 . Cheer yang best gila mungkin cheer paras kitorang kot . Hehe .
*Go go go Floor 2 , Go go go Floor 2

  • Berzikir atau Bacaan Al-Mathurat sementara menunggu azan Maghrib
  • Bacaan Al-Mulk pada pukul 11.15 malam
  • Bacaan Tahlil disertakan selapas Bacaan Yassin
  • Solat berjemaah di surau besar, Surau Kompleks Seri Bintang pada waktu Asar
Inilah certain aktiviti kat asrama ni . See awesome kan ? Dengan semua aktiviti ni pelajar tak akan rasa bosan .

Okaylah, sampai di sini sahaja coretan untuk post kali ni. Hahh , kepada pelajar asrama sekalian , be an awesome person untuk asrama kita okay . Sekian , Asalamualaikum . (: